Thursday, 17 January 2013

Wajah Lama

Untuk post kali ni memang agak selalu sangat terjadi dekat para orang di luar sana tu. Kenapa dengan wajah lama? Kenapa? Why siti why?? Okey3 sabar.. Nak start forum la ni..

Okey.. Wajah lama ni mengisahkan tentang wajah lama aka orang yang berada dalam kenangan kita atau orang yang pernah ada dalam hidup kita. Kenapa dengan orang tu? Meh siti ceritakan. Siti ni banyak perhatikan orang selalu. Kebanyakannya tetap tak pernah boleh nak lupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup dia. Well talk lah.. Sebab orang tu merupakan kenangan kan.. Mane boleh nak lupakan suka-suka je (ni ayat kawan siti. Kredit to her). Memandangkan usia siti yang terlalu muda ni, mungkinlah siti belum lagi pernah merasa benda yang macam tu. Dunia teknologi sekarang mane ade macam dulu-dulu lagi.. Kawan ramai orang skarang dekat alam maya. Kawan ramai org dulu-dulu kat padang bola. Tapi apa yang siti perhatikan, ramai orang dok asyik tunggu wajah lama yang katanya sayang sangat tu. Sudah-sudah la dengan drama yang anda buat tu. Mungkin bukan jodoh untuk berjumpa wajah lama yang ditunggu tu. Terima ja lah Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan untuk kita.

Wajah lama ni menurut siti, simpan je lah dalam kotak kenangan tu. Siti lebih suka tengok orang tu perbetulkan diri dengan sempurna berbanding dengan orang yang sentiasa hidup dengan dunia wajah lama nya tu. Kalau dah dewasa, better jadi contoh untuk budak-budak macam siti ni.. Much better lah macik pacik. Really Much Better. Tapi kalau nak dijadikan kisah, orang dewasa ni lebih banyak makan garam berbanding kita. Yeah ! Thats true. Yelah yalah yelah. Budak kecik belum tau dunia sebenar lagi. Fine boleh diterima. Mungkin hari siti akan datang lebih banyak cabaran kot. Apa pun, wish me luck for my future being !



Nasihat siti yang mungkin budak-budak lagi ni, tinggalkan wajah lama untuk terima wajah baru. Thats better than waiting like a doll. (ayat berterabur.. haha maaf)

XOXO from siti. <3













Thursday, 10 January 2013

Simple Person

Tengok tajuk kat atas.. Yee.. Simple person that means seseorang yang sangat merendah diri dalam melaksanakan sesuatu perkara. Susah nak cari orang yang macam ni kan? Mungkin ade tapi segelintir je yang boleh kekal untuk jadi simple sampai ke tua. Kadang-kadang telihat juga macik-macik dan pacik-pacik yang dah tua tapi pakaian ala-ala orang muda gitu. Ye ! Sangat ketat dan lebih over daripada orang muda. Bukan nak claim apa-apa untuk perkara ni. Bak kata orang, rumah dah kata pergi, Kubur dah kata mari. Seriously siti agak kecewa juga dengan segelintir orang yang macam ni. Agak-agak boleh jadi contoh untuk orang muda macam siti tak? Siti rasa macam susah je. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Mungkin umur siti yang muda dan kata orang 'Budak Hingusan jeee' mungkin akan menyebabkan orang yang berumur lebih tua ni anggap siti as Rude ! Sukar untuk orang muda menasihati orang yang lebih tua kan? Tapi siti teringat dengan apa yang cikgu siti cakap di sekolah tadi. Cikgu cakap macam ni 'Kadang-kadang saya sebagai guru ni pun ada juga belajar sesuatu daripada kamu student saya'. Okey itu dah menandakan bahawasanya setiap orang berhak untuk memberikan nasihat pada orang lain tak kira peringkat umur juga kan..

Why not kita semua jadi Simple Person yang sentiasa hidup berlandaskan hukum agama? Serius! Kalau hidup kita sentiasa berada pada jalan yang lurus, kita akan bahagia dunia dan akhirat. Kepada orang yang mungkin siti tidak berkenan dengan perwatakannya, maafkan siti. Mungkin siti masih muda dan belum lagi merasa lumrah hidup yang sebenar. Apa pun nasihat orang muda juga berguna juga tau untuk orang yang dah berumur! Huhu.. Okey esok nak sekolah, baik siti beradu dulu! Selamat malam semua! =)




Siti doakan supaya hari esok lebih bahagia daripada hari ini untuk anda.. XOXO from Siti. <3







Tuesday, 8 January 2013

Pelamin Buatan Sendiri

Assalamualaikum.. Selamat petang semua.. okey untuk post kali ni siti nak bercerita tentang pengalaman siti buat Pelamin Sendiri.. Haa.. Jangan salah faham !! Bukan pelamin siti lahh.. tapi pelamin untuk kakak saudara siti.. bukan siti je yang buat ! tapi siti hanya membantu ape yang patut sahaja.. Tapi pengalaman yang siti dapat tu mungkin boleh berguna untuk korang yang tengok post siti ni.. Memang serius ! Kos untuk buat pelamin sendiri amat murah berbanding dengan yang kita sewa kat kedai pengantin 2.. Kualiti dan cantiknya tetap sama juga. Lagi best bila buat sendiri. Ade kebanggaan di situ. nak duduk atas pelamin pun rasa bangga sebab kita yang buat sendiri.

Okey berbalik pada cerita tentang pelamin yang dibuat tu. Serius memang cantik ! Siti tolong susun je.. Orang kuat utama yang buat pelamin tu kakak sepupu siti yang sorang ni.. Orang nye memang cantik. Tapi dah berpunya okey ! Disebabkan oleh tidak ade permission untuk meletakkan gambar beliau, siti x berani letak. huhu.. Berbalik kepada kos untuk buat pelamin 2.. Memag sangat murah ! Hanya dengan rm100 saja, kita dah boleh dapat pelamin yang cantik ni. Macam mana siti boleh tau kos nya? Mesti lah tau ! siti kuat follow org pergi beli barang persiapan kot ! huhu.. Cuma untuk buat pelamin ni perlu ada kesungguhan dan kerajinan je.. Itu yang paling penting..




Haa.. Ini lah wajah pelamin yang dibuat nya.. cantik kan? mudah dan simple je.. tak perlu keluar duit banyak-banyak. Gambar ni ehsan daripada fb kak sepupu siti yang dirahsiakan nama nya. (Takot kene marah).. Huhu.. okey itu saja yang nak dikongsikan.. XOXO from siti. <3




Thursday, 3 January 2013

Pembukaan 2013

Dah lama siti x post blog kan? Yelah.. rupa pun dah baru.. Kadang-kadang x faham cara nak guna.. Huhu.. Takpe lah.. Siti akan try buat jugak blog ni.. Untuk kongsi pengalaman.. Okeyy (=_=)"

Hari pertama sekolah untuk tahun 2013 !! Yeah.. ( kunun macam budak baru masuk je ) huhu.. Okey.. First day ke sekolah hari ni banyak yang kene hadap.. Kelas baru, cikgu baru, kelengkapan sekolah yang agak baru ( mungkin ) dan rakan yang............... mungkin baru, haha.. Dan bangunan baru !! Yeah.. Itu yang kita mahukan.. Semuanya baru..

Tapi sayangkan? Kalau azam kita masih belum lagi diperbaharui? Haha.. Mungkin siti akan ade azam baru tahun ni.. Al-maklum apabila kita-kita rakan-rakan yang berumur 15 TAHUN ini (haha capslock gitu) akan menghadapi satu peperiksaan besar iaitu Penilaian Menengah Rendah atau macik macik pacik pacik lebih paham dengan perkataan PMR.. Ye dan Iye dan Benar tanpa berbohong.. Siti takut !!! Takut kecundang.. haha mungkin ini boleh menjadi pendorong BESAQ buat siti untuk sentiasa fokus dalam pelajaran.. Siapa yang taknak dapat straight A's right? Siti pun nak !! Apa pun, wish me luck ! Doa kan siti supaya dapat fokus untuk belajar tahun ni ! Yeah !



XOXO From Siti (>_<)//

Wednesday, 4 July 2012

Miss Blogger

Assalammualaikum,
hye agak lame Siti x update Blog kn ..
hehe skrag nie Siti bz cket nk update pon sampai xde mase ..
rindu kat blogger ..

                        sampaikn salam Siti kat sume orag bye ..

Thursday, 10 May 2012

Time Study ..

assalammualaikum ..
owh tidak ari isnin ade exam ..
so Siti kne study study study ..
insya'allah akn brjaya ..

                ok tu je doakn Siti brjaya tau ..
               

Time Study ..

Hye,
Assalammualaikum ..
ok ari isnin Siti ade exam so kne lar study bnyk2 hehehe ..
exam bulan 3 aritu bleh la Siti dpt 3A subjed BM, BI , dngn SEJARAH je ..
tp tu kire alhammulillah la drpd xde ..
lepaz nie Siti nk study study study je ..

                    ok doakn Siti brjaya insya'allah