Tuesday, 8 January 2013

Pelamin Buatan Sendiri

Assalamualaikum.. Selamat petang semua.. okey untuk post kali ni siti nak bercerita tentang pengalaman siti buat Pelamin Sendiri.. Haa.. Jangan salah faham !! Bukan pelamin siti lahh.. tapi pelamin untuk kakak saudara siti.. bukan siti je yang buat ! tapi siti hanya membantu ape yang patut sahaja.. Tapi pengalaman yang siti dapat tu mungkin boleh berguna untuk korang yang tengok post siti ni.. Memang serius ! Kos untuk buat pelamin sendiri amat murah berbanding dengan yang kita sewa kat kedai pengantin 2.. Kualiti dan cantiknya tetap sama juga. Lagi best bila buat sendiri. Ade kebanggaan di situ. nak duduk atas pelamin pun rasa bangga sebab kita yang buat sendiri.

Okey berbalik pada cerita tentang pelamin yang dibuat tu. Serius memang cantik ! Siti tolong susun je.. Orang kuat utama yang buat pelamin tu kakak sepupu siti yang sorang ni.. Orang nye memang cantik. Tapi dah berpunya okey ! Disebabkan oleh tidak ade permission untuk meletakkan gambar beliau, siti x berani letak. huhu.. Berbalik kepada kos untuk buat pelamin 2.. Memag sangat murah ! Hanya dengan rm100 saja, kita dah boleh dapat pelamin yang cantik ni. Macam mana siti boleh tau kos nya? Mesti lah tau ! siti kuat follow org pergi beli barang persiapan kot ! huhu.. Cuma untuk buat pelamin ni perlu ada kesungguhan dan kerajinan je.. Itu yang paling penting..




Haa.. Ini lah wajah pelamin yang dibuat nya.. cantik kan? mudah dan simple je.. tak perlu keluar duit banyak-banyak. Gambar ni ehsan daripada fb kak sepupu siti yang dirahsiakan nama nya. (Takot kene marah).. Huhu.. okey itu saja yang nak dikongsikan.. XOXO from siti. <3




No comments:

Post a Comment